Cari @ Amanz

Di gedung aplikasi Google Play Store, setiap aplikasi akan mempunyai maklumat mengenai versi, kali terakhir dikemaskini, jumlah muat turun, saiz pemasangan, nama pembangun, tarikh terbitan dan juga kebenaran yang akan diakses.

Tetapi ia tidak memaparkan versi Android apakah yang diperlukan atau yang disokong oleh aplikasi tersebut. Ia hanya boleh dilihat pada Play Store versi web sahaja sebelum ini, sehinggalah baru-baru ini Google mengemaskini penyenaraian maklumat ini.

Pada maklumat aplikasi, di bawah saiz kemaskini akan terdapat OS Android atau Android OS akan dipaparkan. Memudahkan pengguna lagi untuk ketahui sama ada aplikasi itu boleh dipasang pada peranti mereka atau tidak. Lebih-lebih jika ingin mengesahkan, apabila pengguna memuat turun fail APK untuk pemasangan manual.

Ciri ini dilihat sudah pun diedarkan secara meluas kepada semua pengguna Android, yang menjalankan Play Store versi 29.2.13.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd