Realme Narzo 50 Bakal Tiba Februari Ini – Mungkin Dilengkapi MediaTek Helio G96

Diterbitkan pada Feb 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Realme Narzo secara tradisinya menyasarkan kepada golongan belia atau generasi Z. Realme juga mendakwa ia merupakan siri yang lengkap dengan tawaran cukup memadai untuk penggunaan harian. Ini termasuklah dari aspek prestasi untuk segmennya. Paling terkini, Realme 50A dan Realme 50i telah diumumkan dan jelas kelihatan Realme sekali lagi melangkau penjenamaan buat produk mereka.

Realme Narzo 50A

Terkini, sebuah lagi peranti baharu di bawah siri yang sama bakal diumumkan tidak lama lagi. Peranti yang dimaksudkan adalah Realme 50 dan pengenalannya dijadualkan berlangsung sekitar bulan Februari ini. Cumanya, tarikh pelancarannya masih belum didedahkan dengan lebih terperinci. Namun, terdapat desas-desus awal yang mengatakan ia mungkin berlangsung pada 24 Februari 2022.

Dalam pada itu, laman pengiklanan rasmi peranti juga telah mula diterbitkan. Namun, tiada sebarang perkongsian mengenai spesifikasi peranti yang disenaraikan melaluinya. Spekulasi awal mengatakan ia mungkin sebuah peranti dengan janaan cip MediaTek Helio G96, skrin dengan resolusi FHD+ serta kadar segar semula 90Hz, bateri sebesar 5,000mAh dan kamera utama 50MP.

Buat masa ini, ia bagaimanapun masih di peringkat spekulasi awal semata-mata. Masih tidak diketahui, sejauh mana kebenaran untuk spekulasi ini. Dengan ini, dirasakan lebih baik sekiranya kita tunggu kemas kini lebih lanjut mengenai perkara ini dari masa ke semasa.

Sumber : Amazon India

komen


© Amanz / 2022 Kami