Palam Elektrik Mesra Alam Ini Diperbuat Daripada Tulang Lembu

Diterbitkan pada Feb 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Palam elektrik di rumah hampir pasti diperbuat daripada bahan plastik kerana sifatnya yang tahan lasak serta mudah dibersihkan. Tetapi sifat yang sama membuatkan ia tidak mudah dikitar semula serta menyumbang kepada penggunaan bahan petroleum. Ke arah dunia yang lebih mesra alam, Souhaïb Ghanmi seorang pereka dari Tunisia telah menghasilkan palam elektrik Elos yang diperbuat daripada tulang lembu.

Tulang lembu dikisar sebelum dicampur dengan bahagian kolagen dan saraf lembu. Proses penghasilan palam elektrik Elos ini masih dirahsiakan oleh Ghanmi kerana beliau cuba mengkomersialkannya. Selain diperbuat daripada bahan bio yang boleh dikitar semula, bahagian kepada palam juga mengambil inspirasi dari sendi tulang bagi membolehkan ia bergerak dengan bebas.

Ghami berkata beliau mendapat inspirasi menggunakan tulang lembu sebagai asas selepas melihat bagaimana tulang digunakan sebagai senduk ketika perayaan Aidil Adha. Setiap tahun dianggarkan 130 bilion kilogram tulang dibuang kerana tidak boleh dimakan. Beliau berharap dengan pengitaran semula tulang, saraf dan kolagen, pembaziran dan penggunaan plastik dapat dikurangkan.

komen


© Amanz / 2022 Kami