Samsung Tidak Menyertakan Pengecas Bersama Galaxy Tab S8

Diterbitkan pada Feb 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung telah pun memperkenalkan siri tablet terbaru, Galaxy Tab S8 bersama-sama siri Galaxy S21 sebelum ini. Ia merupakan tablet mercu daripada Samsung pada tahun 2022 ini, dan turut hadir dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1.

Apa pun, salah satu perbezaan penawaran tablet tahun ini oleh Samsung, berbanding sebelum ini adalah dimana Galaxy Tab S8 tidak menyertakan sebarang pengecas dalam kotak secara terbina. Ini bermakna, pengguna perlu mendapatkan pengecas secara berasingan untuk tablet Samsung terbaru ini.

Langkah ini adalah selari dengan penawaran telefon pintar Samsung yang turut telah membuang pengecaas dalam kotak untuk beberapa siri.

Buat masa ini, Apple yang mempopularkan membuang pengecas dari kotak ini, masih menawarkan pengecas untuk siri iPad mereka.

Adakah dengan langkah terbaru ini, kita akan melihat lebih banyak peranti dijual tanpa pengecas di pasaran tidak lama lagi?

komen


© Amanz / 2022 Kami