Codashop Tawar Ganjaran Tambahan Rawak Berbentuk Kredit MLBB Pada Februari 2022 Ini

Diterbitkan pada Feb 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Codashop merupakan sebuah platform tambah nilai yang membolehkan para pemain untuk membeli kredit dan juga barangan di dalam permainan video. Pada bulan Februari 2022 ini, mereka turut hadir dengan promosi khas bersama pihak Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) bagi yang membuat tambah-nilai melalui platform Codashop.

Sepanjang Februari ini, Codashop akan menawarkan sehingga 8,888 Berlian buat para pemain bagi pembelian mereka dengan tambah nilai minimum RM20 bagi Berlian MLBB di Codashop. Anda juga boleh menghantar penyertaan melalui laman pendaftaran yang disediakan untuk memenangi kredit permainan video ini. Selain ganjaran Berlian, setiap peserta yang ke-100 yang mendaftar juga berpeluang memenangi kosmetik (skin) khas dalam permainan.

Tambah nilai dengan Codashop untuk memenangi Berlian MLBB

  1. Tambah nilai Berlian MLBB dengan nilai minimum RM20 daripada Codashop menggunakan dompet digital atau pindahan bank. 
  2. Hantar butiran pembelian di laman khas kempen.
  3. Berpeluang untuk memenangi 88 Berlian, 888 Berlian, 8,888 Berlian, kosmetik istimewa dan yang terhad. 
  4. Para pemenang akan dipilih secara rawak dan akan dimaklumkan melalui e-mel. 
  5. Tempoh kempen – 1 – 28 Februari.
  • 1,500 transaksi unik yang pertama akan memenangi 38 Berlian
  • 700 transaksi unik yang seterusnya akan memenangi 68 Berlian
  • 300 transaksi unik yang seterusnya akan memenangi 288 Berlian
  • 50 transaksi unik yang seterusnya akan memenangi 888 Berlian
  • Belanja lebih daripada RM300 dalam tempoh kempen ini, 5 pengguna pertama akan memenangi 8,888 Berlian
  • 10 pengguna yang seterusnya akan memenangi 3,888 Berlian
  • Setiap pemenang yang ke-100 akan membawa pulang kosmetik ‘SPECIAL’ atau ‘STARLIGHT’ di samping ganjaran Berlian yang layak dimenangi

Bagi yang aktif bermain permainan MLBB ini, mungkin boleh menyemak tawaran Codashop untuk Februari ini..

komen


© Amanz / 2022 Kami