Oppo A76 Dengan Snapdragon 680 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM899

Diterbitkan pada Feb 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Rangkaian peranti siri Oppo A untuk pasaran tempatan kini dikemaskini dengan satu model baharu. Dikenali sebagai Oppo A76, ia merupakan sebuah peranti dengan spesifikasi kelas pertengahan menerusi janaan cip Snapdragon 680. Ini juga adalah cip yang sama digunakan pada beberapa lain seperti Realme 9i dan Redmi Note 11 sebelum ini.

Bagi yang berminat, Oppo A76 dijual pada RM899 dengan dua pilihan warna seperti Glowing Blue dan Glowing Black. Ia boleh didapati menerusi beberapa saluran berbeza seperti kedai atas talian rasmi Oppo, Lazada, Shopee dan pengedar sah Oppo di seluruh Malaysia bermula 19 Februari 2022. Sebagai alternatif, ia turut ditawarkan menerusi rakan telekomunikasi terpilih seperti Maxis, Celcom dan U Mobile bermula 5 Mac hadapan.

Untuk spesifikasi khusus, Oppo A76 dilengkapi skrin sebesar 6.56-inci dengan resolusi HD+ dan kada segar semula 90Hz. Di samping cip Snapdragon 680, peranti turut dibekalkan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Sebagai tambahan, ia juga menyokong ciri penambahan RAM secara maya mencapai 5GB RAM.

Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Sistem dwi-kamera dengan tetapan 13MP + 2MP turut digunakan dengan kebolehan zum digital mencapai 6X. Melengkapinya juga adalah kamera hadapan sebesar 8MP yang boleh digunakan untuk panggilan video dan tangkapan gambar swafoto.

komen


© Amanz / 2022 Kami