Meta Gugur Daripada Senarai 10 Syarikat Teratas Dunia – Kini Dibelakang Tencent

Diterbitkan pada Feb 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Meta, syarikat induk disebalik Facebook, Instagram, WhatsApp dan Oculus, kini dilihat telah kehilangan nilai syarikat lebih RM2 trilion sejak bulan September 2021 lepas, dan turut telah jatuh daripada senarai 10 syarikat teratas dunia.

Meta sebelum ini telah mencapai syarikat ke-6 terbesar di dunia, dengan nilai syarikat melangkaui RM4.19 trilion. Namun, ia memperlihatkan kejatuhan akhir-akhir ini, terutamanya lanjutan daripada penyata kewangan terakhir yang memperlihatkan Facebook kehilangan 1 juta pengguna aktif harian.

Kini Facebook gugur 5 anak tangga, dan menduduki tangga ke-11 daripada senarai syarikat bernilai tinggi di dunia. Tesla kini menduduki tangga ke-6, selain Meta kini turut didahului oleh NVIDIA, TSMC dan juga Tencent.

Dengan perubahan ini, semestinya Mark Zuckerberg dan pasukan Meta sendiri mempunyai pelbagai perkara perlu dibuktikan menjelang suku tahunan akan datang.

komen


© Amanz / 2022 Kami