Cari @ Amanz

Mozilla Firefox merupakan salah satu pelayar web yang masih mempunyai angka pengguna yang tinggi. Ia hadir dengan enjin pelayar web tersendiri, dan turut mempunyai sejumlah ciri dan pengoptimasian yang digemari ramai.

Apa pun, bermula Firefox 98 kelak, Mozilla akan lakukan perubahan pada enjin carian utama untuk sebahagian pengguna.

Untuk makluman, Mozilla menyertakan enjin carian utama Google untuk sejumlah besar pengguna, selain turut menetapkan Baidu dan Yandex di beberapa buah negara sebagai enjin carian utama.

Melalui halaman sokongan, Mozilla mengatakan mereka akan menggantikan enjin carian utama untuk sejumlah penggua bermula Firefox 98 kelak.

Hal ini kerana mereka gagal mendapatkan kebenaran rasmi untuk menyertakan enjin carian berkenaan pada Firefox. Tiada maklumat lanjut dikongsikan Mozilla – termasuk enjin carian mana yang bakal digantikan.

Apa pun, bagi pengguna, anda boleh menggantikan enjin carian pada pelayar web anda secara manual walaupun perubahan ini berlaku.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd