Lenovo merupakan salah satu pengeluar peranti mudah-alih popular, dan turut akan hadir dengan penawaran telefon permua terbaru tidak lama lagi, iaitu Lenovo Legion Y90. Walaupun masih tidak diketahui sepenuhnya penawaran yang bakal dibawakan, video acah terbaru Lenovo membuatkan ramai yang teruja dan menantikan telefon pintar ini.
Hal ini kerana Lenovo mengacah ia bakal hadir dengan storan berasaskan UFS 3.1 dan juga SSD, dilengkapi dengan konfigurasi RAID-0.
Langkah ini sekaligus membawa penggunaan storan berasaskan SSD yang popular di komputer riba, ke telefon pintar. Dengan penggunaan konfigurasi RAID-0, ia turut dilihat akan meningkatkan kadar prestasi penulisan sehingga 50%.
Dengan video acah terbaru ini, ia sekaligus membuatkan kami ternanti-nanti penawaran telefon pintar Lenovo ini.
Lenovo akan memperkenalkan Lenovo Legion Y90 ini pada 28 Februari 2022 kelak.