Altel Kini Menawarkan Pelan Prabayar RM30 Untuk 10GB + 10GB Aplikasi + 1000 Minit Panggilan

Diterbitkan pada Feb 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Altel kini dilihat telah pun mengemaskini pelan Ezi 30 dan juga Ezi 50, sekaligus meningkatkan lagi penawaran data dan panggilan yang ditawarkan melalui pelan ini.

Melalui pelan Altel Ezi 30, kini ia hadir dengan penggunaan data 10GB untuk semua, selain tambahan 10GB untuk aplikasi seperti Facebook, Instagram, Tiktok, Twitter, WhatsApp, dan beberapa yang lain. Melengkapkan ia juga adalah panggilan 1000 minit untuk semua rangkaian da juga 100 SMS untuk semua rangkaian.

Disamping itu, pelan Altel Ezi 50 turut hadir dengan gandaan penawaran data, disamping mengekalkan ciri lain – iaitu 20GB untuk penggunaan semua, dan tambahan 20GB untuk aplikasi sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok.

Kedua-dua pelan ini ditawarkan dengan masa penggunaan selama 31 hari.

Kemaskini baharu ini menawarkan penambaha yang lebih baik berbanding Ezi 30 sebelum ini yang menawarkan 5GB data, 15GB internet asas, 1000 minit panggilan, dan 100SMS.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Altel Ezi melalui Shopee hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami