Oppo telahpun mengesahkan peranti dalam siri Oppo Find X5 akan menjadi yang pertama menggunakan cip Dimensity 9000. Cip kelas mercu ini dilihat mampu memberikan persaingan kepada cip Snapdragon 8 Gen 1 dan Exynos 2200 serta melepasi prestasi Snapdraon 888 dalam ujian penanda aras yang tertiris sebelum ini.
Seperti Snapdragon 8 Gen 1, Dimensity 9000 dihasilkan menggunakan teknologi 4nm dengan penggunaan teras Cortex X2 yang sama. Oppo Find X5 Pro Dimensity Edition dipercayai akan ditawarkan dengan cip ini. Oppo Find X5 Pro pula akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 1 yang dipadankan dengan ISP MariSilicon X untuk meningkatkan kemampuan fotografi. Di atas kertas versi Snapdragon mempunyai kelebihan tetapi ini akan hanya terjawab selepas peranti dilancarkan kelak.