Twitter Menguji Ciri Membuang Nama Dari Perbualan Yang Tidak Diinginkan

Diterbitkan pada Feb 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di Instagram sekarang tular skim penipuan pengguna memenangi iPhone percuma selepas akaun ditag oleh akaun penipu. Isu ini adalah serius kerana tidak semua pengguna bijak mengesan penipuan atas talian yang berleluasa. Di Twitter pula wujud masalah nama akaun ditag dalam perbualan yang tidak diinginkan sehingga menyemakkan notifikasi.

Berita baik bagi ialah Twitter sedang membangunkan ciri untuk membuang nama dari perbualan dengan lebih mudah. Ciri ditemukan oleh @wongmjane dan tangkapan layar ciri ini telah dikongsi menerusi sebuah ciapan. Nama akaun tidak akan lagi ditag dalam perbualan seterusnya dan tidak boleh dimasukkan semula oleh pengguna dalam perbualan seterusnya. Notifikasi juga tidak lagi akan diterima.

Dalam banyak-banyak ciri baharu yang diperkenalkan Twitter, ini ialah ciri yang memang kami inginkan. Diharap ia tidak akan hanya diberikan kepada pelanggan Twitter Blue sahaja.

Sumber @wongmjane

komen


© Amanz / 2022 Kami