Minggu ini ciri menjalankan aplikasi Android pada komputer Windows 11 akhirnya diberikan kepada umum. Tetapi sebelum mencuba, Microsoft telah menerbitkan spesifikasi minima komputer yang ingin menggunakan ciri baharu ini.
Pertama sekali komputer perlu menggunakan sekurang-kurangnya cip Intel Core i3 Gen-8, AMD Ryzen 3000 dan Snapdragon 8c. Keperluan memori pula ialah 8GB tetapi 16GB adalah disarankan. Komputer juga perlu menggunakan storan SSD. Tetapan untuk menjalankan Virtual Machine juga perlu diaktifkan pada komputer.
Sekiranya komputer anda mencapai spesifikasi berkenaan, dan telah mengemaskini ke Windows 11 terbaru, anda sudah boleh cuba memasang aplikasi Android pada komputer anda melalui Amazon AppStore hari ini.