Cari @ Amanz

Antara ciri ekslusif pada peranti Google Pixel 6 dan 6 Pro tahun lalu ialah pembetulan tatabahasa apabila menggunakan papan kekunci Gboard. Menurut laporan Android Police, ciri ini telah diberikan pada peranti Pixel 5, 5A, 4A dan Pixel 3A.

Menerusi ciri ini Gboard memberikan saranan apabila mengesan berlaku kesalahan tatabahasa. Ia juga hanya menyokong bahasa Inggeris sahaja pada waktu ini dan Google berkata sokongan bahasa utama lain akan diberikan di masa hadapan. Seperti kesemua ciri eksklusif Pixel sebelum ini, Google pasti akan memberikannya juga pada peranti Android lain di masa hadapan menerusi kemas kini Gboard.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd