Pelan Hala Tuju Robotik Negara Bakal Dibangunkan – Ingin Meningkatkan Penggunaan Robot Dalam Industri

Diterbitkan pada Feb 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perdana Menteri Malaysia kini menyatakan kerajaan bakal membangunkan Pelan Hala Tuju Robotik Negara (NRR), dalam terus memperluaskan penggunaan teknologi robotik dalam negara.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan pengurangan kebergantungan kepada tenaga buruh asing, sekaligus mengurangkan aliran mata wang ke luar negara. Dari segi positifnya, penggunaan robotik juga dijangka akan dapat meningkatkan kadar produktiviti.

Mengikut data pada 2019, ia dikatakan kepadatan robot di Malaysia bagi setiap 10,000 pekerja adalah 55 unit robot. Melalui pelan baharu ini, ia menyasarkan untuk meningkatkan kepada 195 unit untuk setiap 10,000 pekerja menjelang 2030 kelak.

Perkembangan ini dilihat selari dengan teknologi yang kini berkembang ke arah dunia 5G, bandar pintar, dan sebagainya – yang dijangka akan memperluaskan lagi penggunaan robotik.

komen


© Amanz / 2022 Kami