Rasmi : Tiada Lagi Telefon BlackBerry 5G, OnwardMobility Menutup Syarikat
February 20, 2022
BlackBerry
Aman
OnwardMobility kini secara rasminya mengumumkan mereka menutup syarikat, dan tidak lagi akan membangunkan sebarang telefon pintar dengan papan kekunci fizikal.
Dengan pengumuman ini juga, secara rasminya ia turut mengesahkan yang mana kita tidak lagi akan melihat telefon BlackBerry di pasaran selepas ini.

Sebelum ini, pihak BlackBerry sendiri telah menjual sejumlah paten mereka, disamping mengumumkan bakal menamatkan sokongan aplikasi Android mereka.
Berita ini semestinya mengecewakan ramai peminat BlackBerry seluruh dunia, dan kini jenama berkenaan dilihat tinggal sejarah sahaja selepas ini dalam arena peranti mudah-alih – lebih kurang seperti Palm.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.