Apple Dijangka Memperkenalkan Sehingga Tujuh Mac Guna Cip Apple Silicon Pada 2022

Diterbitkan pada Feb 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple dijangka menyelesaikan peralihan sepenuhnya pada Apple Silicon pada tahun 2022 ini, sekaligus tidak lagi menawarkan cip Intel bersama komputer mereka. Selari dengannya, kini Bloomberg melaporkan Apple dijangka memperkenalkan sehingga tujuh Mac pada 2022 ini.

Tujuh Mac yang dijangka diperkenalkan sepanjang 2022 ini adalah termasuk

  • Mac Mini menggunakan cip Apple M1 Pro
  • MacBook Pro 13-inci menggunakan Apple M2 Pro
  • Mac Mini menggunakan cip Apple M2
  • iMac baharu menggunakan cip Apple M2
  • MacBook Air menggunakan cip Apple M2
  • iMac Pro menggunakan cip Apple M1 Pro dan M1 Max
  • Max Pro dengan cip pemprosesan Apple Silicon berkuasa tinggi

Apple dijangka akan mengumumkan Mac 2022 ini dalam dua fasa berbeza, dimana pengumuman awal dijangka diumumkan paca Mac ini yang melibatkan Mac Mini dan MacBook Pro. Baki komputer dibawah keluarga Mac dijangka diumumkan sekitar Mei atau Jun 2022 kelak.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan dengan penawaran Mac baharu sepanjang 2022 ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami