Masa Terbaik Untuk Memiliki Siri Samsung Galaxy S22 – Dengan Cip Snapdragon

Diterbitkan pada Feb 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika anda pungguk rindukan bulan, menantikan kehadiran siri Galaxy S dengan cip Snapdragon, tahun ini bulan jatuh ke riba anda. Selama ini siri Galaxy S untuk pasaran Malaysia ditawarkan dengan cip Exynos, akan tetapi tahun ini, siri Galaxy S22 hadir dengan cip Snapdragon.

Anda tidak bermimpi, tetapi inilah saat yang dinanti. Dengan kehadiran Galaxy S22 dengan cip Snapdragon, ia bererti peranti berspesifikasi tinggi ini diberikan lonjakan prestasi yang lebih tinggi. Dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, ia merupakan cip terbaru yang mampu memainkan permua 3D dan menjalankan tugasan intensif dengan lebih pantas. 

Bayangkan baik anda seorang yang kerap bermain permua, atau telefon pintar anda memainkan peranan tersangat penting, kesemua keperluan ini dapat dipenuhi dengan mudah berkat cip ini yang turut mengetengahkan kecerdasan buatan, malah berkali ganda lebih pantas berbanding Galaxy S21.

Selain dari penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 1 pada Galaxy S22, ia turut mempunyai RAM LPDDR5 yang lebih pantas dari LPDDR4X pada S21.Malah kapasiti RAM tersedia sehingga 12GB RAM jika anda memilih Galaxy S22 Ultra justeru RAM dan multi-tugasan sangat mudah dilakukan. 

Bateri Sehingga 5,000 mAh pada Galaxy S22 Ultra

Apalah Nasi Lemak tanpa sambalnya, dan apalah cip berkuasa, tanpa bateri yang boleh bertahan lama. Galaxy S22 kali ini mempunyai kapasiti bateri dan solusi penggunaan tenaga yang lebih bijak, menjamin penggunaan lebih lama. Malah kesemuanya mempunyai kapasiti yang besar, untuk kegunaan sepanjang hari.

Jika anda memilih Galaxy S22 Ultra, anda akan mendapat kapasiti bateri sebanyak 5,000 mAh. Ia merupakan kapasiti yang agak besar. Manakala jika anda memilih Galaxy S22+ atau Galaxy S22, masing-masing hadir pada kapasiti yang masih tidak terkalah, iaitu 4,500 mAh (S22+) dan 3,700 mAh (S22).

Bagaikan menambah lagi perisa untuk kapasiti bateri yang tinggi, adalah sokongan pengecasan pantas dimana dengan Super Fast Charging 2.0 pada kadar 45W, anda hanya memerlukan 10 minit pengecasan bagi mendapatkan tempoh penggunaan sama seperti 60 minit rakaman video, atau melakukan panggilan video selama 90 minit. 


Samsung Galaxy S22 ini hadir pada empat pilihan warna premium dan klasik, iaitu Phantom Black, Phantom White, Green dan Burgundy. Ia juga hadir pada tiga variasi iaitu S22, S22+ dan juga S22 Ultra yang dijual pada harga RM 3,699 (S22), RM 4,299 (S22+), dan RM 5,499 (S22 Ultra).

Untuk masa terhad, anda boleh melakukan pra-tempahan sebarang siri Galaxy S22 dan memperoleh barangan berjumlah sehingga RM 1,168, iaitu Galaxy Watch4 40mm dan pen LAMY (untuk Galaxy S22 Ultra sahaja).

Malah, bagi pembaca Amanz, anda juga boleh menggunakan kod khusus [ GS22VIPAZ ] bagi mendapatkan pengecas pantas 45W bernilai RM 199 yang akan ditambah dalam pra-tempah ini. Tawaran adalah terhad untuk 100 penebusan pertama.

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami