OpenSea Menyangkal Laporan NFT Bernilai RM838 Juta Dicuri Dari Platfrom Mereka

Diterbitkan pada Feb 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hujung minggu lalu dunia kripto digegarkan dengan laporan koleksi NFT bernilai $200 juta (~RM838) telah dicuri dari platform OpenSea. Sebagai platform NFT paling dikenali ramai, kecurian yang dipercayai disebabkan oleh kerentanan sekuriti menimbulkan pelbagai persoalan mengenai keselamatan platform. Tetapi semalam CEO OpenSea Devin Finzer menyangkal pelbagai dakwaan yang berlegar di Internet menerusi akaun Twitter beliau.

Menurut beliau selepas siasatan dilakukan, nilau kecurian adalah lebih rendah sekitar $1.7 juta dalam bentuk kriptowang Ethereum. Tambah beliau lagi NFT dicuri menerusi serangan phishing menggunakan emel dan bukan kelemahan sistem OpenSea. Platform kini dalam proses menghubungi pengguna yang terkesan dengan serangan ini untuk mengenalpasti apakah yang berjaya dicuri.

Sungguhpun begitu ramai yang masih menyangkal penerangan yang diberikan oleh Finzer dengan kelemahan pada kod OpenSea dikatakan menyebabkan NFT dicuri dan bukannya kaedah phishing. Apakah penyebab sebenar masih disiasat tetapi serangan yang berlaku menunjukkan risiko wujud bagi mereka yang ingin melabur ke dalam pasaran NFT kerana kesemuanya masih baharu dan pencuri bijak mencari peluang.

komen


© Amanz / 2022 Kami