Panel Peranti Berasaskan Berlian Yang 10 Kali Ganda Lebih Tahan Lasak Berjaya Dibangunkan

Diterbitkan pada Feb 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Antara kerosakan paling kerap berlaku pada telefon pintar ialah panel skrin yang retak apabila terjatuh. Kos menggantikan panel boleh mencecah RM3000 bergantung kepada peranti yang digunakan. Saban tahun teknologi kaca baharu diperkenalkan dengan dakwaan ia lebih baik dari teknologi terdahulu. Akhan sebuah firma dari Amerika Syarikat telah menghasilkan panel berasaskan berlian yang menurut mereka lebih tahan lasak berbanding panel kaca semasa.

Miraj Diamond Glass ciptaan mereka adalah 10 kali ganda lebih keras, 6 kali ganda lebih kuat dan 800 kali lebih sejuk berbanding panel kaca tahan lasak di pasaran sekarang. Untuk menghasilkan Miraj Diamond Glass, bahan aluminosilicate, kaca seramik dan BK-7 digabungkan. Dengan adanya elemen berlian buatan manusia pada panel yang dihasilkan, Miraj Diamond Glass mampu melepasi ujian yang boleh mengalahkan Gorilla Glass 5.

Selain tahan lasak ia juga dalam mengelakkan minyak dari melekap dengan mudah serta kalis air. Akhan telah menerima dana $20 juta untuk membangunkan lagi Miraj Diamond Glass untuk bukan sahaja digunakan pada skrin telefon telah juga pada kaca mata AR serta peranti boleh-pakai.

Sebelum ini Akhan menyasarkan produk kaca berasaskan berlian mereka akan dipasarkan pada tahun 2019 tetapi nampaknya lebih baik ujian perlu dilakukan sebelum ini sedia dipasarkan.

Sumber Input

komen


© Amanz / 2022 Kami