CPU Intel Di Masa Akan Datang Mungkin Akan Dibina Menggunakan Gabungan Teknologi Mereka Dan TSMC

Diterbitkan pada Feb 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Intel baru sahaja melancarkan cip pemprosesan generasi ke-12 mereka, Alder Lake yang dibangunkan menggunakan teknologi SuperFin mereka yang akhirnya mengecilkan proses binaan cip pemprosesan dari 14nm ke 10nm.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini juga, Intel telah mula membangunkan teknologi pembuatan cip pemprosesan yang lebih kecil, pada 7nm dan 5nm melalui program IDM 2.0 mereka, tetapi teknologi tersebut tidak dijangka akan siap dalam masa yang terdekat buat masa ini.

Intel baru-baru ini dilihat akan menggunakan khidmat pembuatan cip pemprosesan oleh TSMC untuk membangunkan beberapa cip pemprosesan mereka yang akan datang, termasuklah Arrow Lake, yang dijangka akan dperlihatkan pada tahun 2024 kelak.

Meteor Lake dijangka akan dibangunkan dengan proses 7nm oleh Intel, menggunakan kilang proses Intel 4 dan Intel 20A, tetapi setakat ini ia masih tidak diketahui lagi samada ia akan mendapatkan bantuan TSMC ataupun tidak setakat ini. Kebarangkaliannya cip pemprosesan grafik untuk CPU tersebut mungkin akan dibangunkan oleh syarikat Taiwan tersebut.

Intel Arrow Lake pula disahkan akan menggunakan proses N3 luaran, dimana ia pastinya akan dibangunkan menggunakan khidmat TSMC kerana mereka satu-satunya pengilang cip pemprosesan dengan kemampuan membangunkan teknologi cip pada skala tersebut.

Dengan Arrow Lake, Intel juga dilihat akan cuba untuk menimbun cip-cip yang digunakan didalam CPU mereka untuk tujuan meningkatkan prestasi dari segi perkomputeran dan juga gaming, khususnya apabila cip grafik dalam CPU tersebut dilihat boleh menandingi kad grafik khusus.

Seperti yang dikatakan, Intel menjangkakan bahawa mereka akan melancarkan cip pemprosesan ini sekitar tahun 2024 kelak, setahun selepas cip Meteor Lake dilancarkan kelak.

Sumber: PC Mag

komen


© Amanz / 2022 Kami