Carian
Tidak Perlu Bayaran Penghantaran – Shopee Kini Membolehkan Anda Beli Barang Dan Ambil Dari Pusat Sehenti Secara Percuma
February 21, 2022 Aman

Shopee sedia memperkenalkan ciri “Self Collection” pada bulan Januari lepas, namun ketika pengenalannya, ia masih mengenakan cas penghantaran seperti biasa.

Hari ini, Shopee mengubah perkara berkenaan, dan tidak lagi mengenakan sebarang cas penghantaran untuk pengambilan barangan sendiri daripada pusat-sehenti berdekatan anda.

Dengan langkah ini, anda boleh membuat pembelian dan meminta ia dihantar ke pusat sehenti berhampiran – seterusnya mengambil ia sendiri daripada pusat sehenti berdekatan anda, tanpa sebarang kos penghantaran.

Bagi anda yang kerap menggunakan Shopee, kini mungkin anda boleh berjimat dengan melakukan kutipan kendiri daripada pusat sehenti, sekaligus mengurangkan bayaran kepada caj penghantaran. Ciri ini hanya disokong di Lembah Klang buat masa ini.

Komen