Skype Kini Boleh Digunakan Untuk Membuat Panggilan Kecemasan Di Amerika Syarikat

Diterbitkan pada Feb 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Skype ialah aplikasi yang membolehkan orang ramai membuat panggilan atas-talian menggunakan sambungan internet yang kini turut hadir dengan fungsi panggilan video dan juga telesidang.

Skype versi 8.80 yang baru diperkenalkan baru-baru ini memperlihatkan fungsi membuat panggilan kecemasan pada platform Windows, Android, MacOS, iOS, iPadOS dan juga web.

Fungsi ini juga membolehkan Skype untuk berkongsi lokasi pengguna apabila panggilan 911 ini dibuat sekiranya peranti mereka membenarkan perkongsian lokasi tersebut. Untuk mengaktifkan ciri ini, pengguna hanya perlu memasuki laman profil pengguna dan mengaktifkan ciri Special 911 Warning of Limitations & Unavailability yang terkandung didalamnya.

Limitasi fungsi ini ialah sekiranya aplikasi tersebut tidak mempunyai API yang diperlukan untuk berkongsi lokasi, ia tidak boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Buat masa ini, fungsi panggilan kecemasan dan berkongsi lokasi ini hanya aktif untuk pengguna Skype di Amerika Syarikat. Ia tidak diketahui lagi bilakah fungsi ini akan diperkenalkan pada pasaran-pasaran lain.

Sumber: PC Mag

komen


© Amanz / 2022 Kami