Oppo Watch Free Juga Rasmi Di Malaysia – Jam Tangan Pintar Asas Dengan Bateri 2 Minggu Pada Harga RM449

Diterbitkan pada Feb 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo Watch Free turut dilancarkan untuk pasaran tempatan hari ini. Ia masih lagi satu jam tangan pintar asas atau penjejak kesihatan dalam bentuk jam. Ia hadir dengan skrin 1.64-inci AMOLED dengan resolusi 280 x 456 piksel, bersama perlindungan kaca 2.5D. Untuk menyesuaikan jam ini kepada semua pengguna, lebih 100 pilihan muka jam turut ditawarkan.

Seperti kebanyakan peranti boleh pakai dalam kategori sama, Oppo Watch Free hadir dengan banyak fungsi dan ciri pemantauan kecergasan seperti sensor gerakan enam paksi, sensor nadi, pemantauan dengkur, sensor cahaya ambien dan banyak lagi. Kali ini ia turut memfokuskan pada pemantauan tidur untuk memastikan pengguna tidur lebih nyenyak dan sihat.

Sokongan pemantauan oksigen dalam darah, lebih 100 mod sukan, perlindungan air 5ATM dan bateri 230mAh dengan ketahanan sehingga 14 hari. Harga jualan adalah RM449 dengan dua pilihan warna .

komen


© Amanz / 2022 Kami