TNB Ingin Perluaskan Perkhidmatan Internet Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Di 6 Negeri Lagi

Diterbitkan pada Feb 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedia menawarkan infrastruktur jalur-lebar berkelajuan tinggi melalui Allo Technology. Perkhidmatan yang dimulakan di Melaka sebelum ini, kini turut meliputi 180,000 premis di Melaka, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Johor dan juga Kuala Lumpur.

TNB NCP

Untuk makluman, TNB menggunakan infrastruktur talian fiber optik sepanjang 18,000km yang dimiliki oleh mereka sendiri. TNB sedia menggunakannya dalam memantau talian kuasa dan tenaga mereka. Memandangkan ia tidak digunakan secara meluas, maka TNB telah mula memperluaskan dan menggunakannya dalam menyediakan perkhidmatan innternet kepada pengguna – terutamanya dikawasan pedalaman yang sukar dicapai.

Menurut TNB, mereka menyasarkan perkhidmatan Allo diperluaskan kepada 300,000 premis pada tahun 2022 ini, disammpig turut meliputi enam lagi negeri di Semenanjung Malaysia.

Pada hari ini, menggunakan teknologi Allo, City Broadband menawarkan perkhidmatan internet sehingga 1Gbps pada harga RM199 sebulan.

komen


© Amanz / 2022 Kami