Cari @ Amanz

Volkswagen, kini dilaporkan dalam perbincangan untuk membeli bahagian perniagaaan swapandu milik Huawei – yang akan melibatkan transaksi berbilion ringgit.

Dengan langkah ini, Volkswagen dijangka akan menerima akses kepada teknologi terkini, selain turut memudahkan mereka memperluaskan pegangan di pasaran China. Buat masa ini, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi.

Huawei sedia membangunkan teknologi untuk digunakan pada kenderaan – termasuk dari segi sensor, perisian dan sebagainya. Buat masa ini, Huawei sedia bekerjasama dengan beberapa pengeluar di China, dan telah pun mempertontonkan keupayaan teknologi mereka.

Kereta Huawei Car

Huawei sendiri sedia melakukan pelaburan yang tinggi dalam arena automotif ini, malah beberapa spekulasi sebelum ini mengatakan Huawei akan hadir dengan kenderaan sendiri. Namun, perkara berkenaan sering disangkal oleh pihak Huawei.

Dengan laporan terbaru ini, ia agak menarik untuk melihat kedua-dua gergasi ini bersatu dalam arena automotif. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut apakah yang akan berlaku seterusnya dalam arena automotif.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd