Cari @ Amanz

Poco sehingga kini sedia memfokuskan kepada penawaran telefon pintar sahaja, dan untuk tahun ini mereka sedia nyatakan bakal memfokuskan kepada penawaran produk lain dibawah ekosistem Poco.

Produk pertama dibawah ekosistem Poco yang dijangka diperkenalkan adalah Poco Watch. Jam tangan pintar ini telah melalui pengesahan di Rusia, sekaligus memperlihatkan ia bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Namun, buat masa ini, tiada info penuh berkaitan penawaran jam tangan pintar dari Poco ini. Selain jam tangan pintar, kita juga mungkin melihat pelbagai produk lain daripada Poco sepanjang tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd