ShopeeFood Kini Perluaskan Penawaran Ke Johor Bahru

Diterbitkan pada Feb 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

ShopeeFood merupakan perkhidmatan penghantaran makanan yang disediakan oleh Shopee – terus melalui aplikasi mudah-alih mereka. Selepas ditawarkan di Lembah Klang, kini perkhidmatan berkenaan turut diperluaskan ke Johor Bahru.

Dengan penawaran ini, pengguna di Johor Bahru boleh menggunakan aplikasi Shopee dalam melakukan tempahan makanan daripada restoran-restoran berdekatan, dan terus menikmatinya di rumah atau pejabat.

Bersempena pengenalaan ini juga, Shopee menyediakan promosi seperti penghantaran percuma untuk pengguna di Johor Bahru.

Bagi anda yang berada di Johor Bahru, boleh menyemak ShopeeFood hari ini, dan menikmati diskaun yang disediakan.

komen


© Amanz / 2022 Kami