Cari @ Amanz

Infinix Malaysia mengemaskini rangkaian peranti pintarnya di Malaysia dengan penawaran beberapa model baharu. Melaluinya, Infinix Zero X Pro dan Infinix Zero 5G telah diumumkan secara rasmi.

Bagi yang berminat, Infinix Zero X Pro ditawarkan dalam dua pilihan varian dengan harga RM1,199 (8GB/128GB) dan RM1,299 (8GB/256GB). Sementara itu, Infinix Zero Zero 5G pula berharga RM1,099 (8GB/128GB). Jualan pertama bermula 3 Mac 2022 menerusi kedai atas talian Infinix di Shopee dengan beberapa tawaran yang menarik.

Antaranya, mana-mana pembelian yang dibuat pada 3 Mac 2022 akan didatangkan dengan diskaun sebanyak RM100 dan Infinix Smartwatch sebagai hadiah percuma. Ia bagaimanapun hanya terhad kepada 200 pembeli terawal sahaja. Sementara itu, pembelian yang dibuat pada 9,15 dan 25 Mac 2022 pula didatangkan dengan penawaran diskaun sebanyak RM100.

Untuk spesifikasi khusus, Infinix Zero X Pro dilengkapi skrin 6.67-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G95, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula adalah sebesar 4,500mAh dengan pengecasan 45W.

Sistem tri-kamera turut digunakan dengan tetapan 108MP + 8MP + 8MP. Tidak ketinggalan, kamera ini juga dibekalkan kebolehan OIS dan periskop dengan zum optikal mencapai 5X serta zum digital pula sehingga 60x. Melengkapi peranti juga adalah kamera hadapan 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audio 3.5mm, port sambungan USB-C, menjalankan XOS 7.6 berasaskan Android 11 dan sebagainya.

Kemudian, Infinix Zero 5G pula dilengkapi skrin 6.78-inci IPS LTPS FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 900, memori 8GB RAM (LPDDR5) dan storan dalaman 128GB (UFS 3.1). Bateri pula adalah sebesar 5,000mAh dengan pengecasan 33W.

Sistem tri-kamera turut digunakan dengan tetapan 48MP + 13MP + 2MP. Tidak ketinggalan, kamera ini juga dibekalkan kebolehan zum mencapai 30X dan sokongan dwi LED Flash. Melengkapi peranti juga adalah kamera hadapan 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audio 3.5mm, port sambungan USB-C, menjalankan XOS 10 berasaskan Android 11 dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd