Intel Memperkenalkan Mesin Melombong Kriptowang Mereka – Bakal Hadir Dengan Model Generasi Kedua Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Feb 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tidak lama lalu, Intel telah mengumumkan bahawa mereka telah mula membangunkan cip ASIC yang boleh digunakan untuk melombong kriptowang yang dinamakan Bonanza Mine. Sewaktu acara pelancaran, Intel memperlihatkan cip melombong kriptowang tersebut yang dinamakan BMZ-1.

Dari segi spesifikasi, cip-cip pelombong kriptowang BMZ-1 ini dibangunkan menggunakan proses 7nm, hadir dengan kelajuan 1.35 ke 1.6GHz, menggunakan kuasa sebanyak 7.5W dan boleh melengkapkan 137 Ghash/s.

Model pertama pelombong kriptowang mereka yang menggunakan cip BMZ-1 menggunakan 300 cip BMZ-2 ini yang bukan sahaja memakan kuasa sebanyak 3600W, tetapi mampu melombong kriptowang pada kadar 40TH/s.

Secara teknikalnya, percubaan pertama Intel dalam membangunkan pelombong kriptowang mereka ini bukanlah sesuatu yang hebat, kerana pelombong sedia ada hadir dengan kemampuan untuk melombong kriptowang pada kadar yang lebih tinggi dan menggunakan kuasa yang lebih rendah.

Walaupun begitu, Intel mengatakan juga bahawa mereka sudahpun mula membangunkan generasi kedua cip pelombong ini yang dinamakan BMZ-2 yang juga merupakan sebuah cip pelombong yang dibina menggunakan proses 7nm.

Spesifikasi pelombong baru ini tidak diketahui lagi, tetapi Intel mengatakan bahawa mereka sudahpun mendapat beberapa pelanggan berprofil tinggi seperti BLOCK milik bekas CEO Twitter, Jack Dorsey, Argo Blockchain dan juga GRIID Infrastructure.

Sumber: Tom’s Hardware

komen


© Amanz / 2022 Kami