Cari @ Amanz

Vivo Y15A telah ditawarkan secara rasmi di Malaysia sejak bulan Disember yang lalu. Ia merupakan sebuah telefon Android kelas permulaan dengan janaan cip MediaTek Helio P35. Dalam pada itu,peranti turut sama mengetengahkan beberapa lagi titik jualan lain seperti bateri besar 5,000mAh, sistem sekuriti yang baik menerusi pengimbas cap jari di sisi dan banyak lagi.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, harga jualan Vivo Y15A telah dikemaskini dan ia boleh dimiliki pada RM599. Ia menunjukkan peranti menerima potongan harga sebanyak RM50 lebih murah berbanding harga asalnya iaitu RM649. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi kedai atas talian Vivo bermula hari ini.

Untuk spesifikasi khusus, Vivo Y15A didatangkan dengan skrin bersaiz 6.51-inci LCD dengan resolusi HD+ (1600 x 720 piksel). Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio P35, memori 4GB RAM, memori dalaman 64GB dan bateri sebesar 5000mAh. Lain-lain spesifikasi termasuklah sistem dwi-kamera dengan tetapan 13MP+2MP dan kamera hadapan pula adalah 8MP. Tidak ketinggalan, ia juga menyokong sambungan bluetooth 5.0, port pengecasan microUSB dan sebagainya.

Sumber : Vivo Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd