Poco X4 Pro 5G Tertiris Memperlihatkan Rekaan Penuh Peranti

Diterbitkan pada Feb 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Poco sedia menjadualkan acara pada MWC 2022 dalam memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Poco X4 Pro 5G. Lanjutan daripadanya, kini gambar dan spesifikasi penuh telefon pintar berkenaan tertiris melalui penyenaraian pada Amazon (melalui Pocket-Lint).

Poco X4 Pro 5G dilihat bakal hadir dengan skrin 6.67-inci AMOLED dilengkapi kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 695, memori sehingga 8GB RAM, serta bateri 5000mAh. Telefon pintar ini turut dilihat akan hadir dengan sokongan pengecasan 67W.

Untuk rakaman gambar, Poco X4 Pro 5G akan menggunakan kamera 108-megapixel pada baahagian belakang.

Poco juga dilihat membawakan rekaan bahagian kamera yang sedikit berbeza dengan kebanyakkan peranti pada hari ini – beserta penjenamaan Poco yang agak besar bersebelahan kamera.

Dengan ketirisan ini, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Poco berkenaan dengan peranti ini pada minggu hadapan.

komen


© Amanz / 2022 Kami