Microsoft Edge Dijangka Mengatasi Safari Sebagai Pelayar Web Kedua Paling Popular

Diterbitkan pada Feb 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perang pelayar web dilihat berterusan sehingga ke hari ini, dan Microsoft mula mengorak langkah kembali dalam arena ini melalui pelayar web Microsoft Edge.

Selepas sering kehilangan pegangan pasaran dengan Internet Explorer, kini Microsoft Edge meningkat naik popularitinya sedikit demi sedikit. Mengikut data dari StatCounter, kini Microsoft Edge menghampiri untuk mengatasi Safari dari segi pegangan pasaran pelayar web.

Microsoft Edge kini mempunyai pegangan sebanyak 9.54%, sementara Safari pula mempunyai 9.84%. Mengekori rapat dibelakang adalah Firefox dengan pegangan sebanyak 9.18%.

Buat masa ini, Google Chrome masih memegang taktha pasaran dengan pegangan sebanyak 65.38%.

Mengikut StatCounter, di Malaysia sendiri, Chrome mempunyai lebih 80.34% pegangan pasaran, sementara Safari di tangga kedua dengan 7.36%, dan Microsoft Edge sebanyak 5.58%.

komen


© Amanz / 2022 Kami