Sisa Angkasa Akan Melanggar Bulan Pada 4 Mac – Masih Tidak Diketahui Pemiliknya

Diterbitkan pada Feb 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mengikut anggaran dan pergerakkan di angkasa, kini ia dilihat sebuah objek sisa angkasa dijangka akan menghentam atau melanggar bulan pada 4 Mac 2022 kelak.

Jangkaan ini berjaya dilakukan melalui penggunaan perisian yang mengesan gerakkan objek terapung di angkasa. Namun, kini menjadi masalah adalah apabila tidak diketahui pemilikkan objek yang akan melanggar bulan berkenaan.

Pada awalnya, ia dikenal-pasti sebagai roket Falcon 9 milik SpaceX – namun pemantauan lanjutan mengatakan ia bukan milik SpaceX, dan dikatakan milik China daripada misi mereka ke bulan pada tahun 2014 yang lepas.

Namun, kini pihak China turut mengatakan objek berkenaan bukan milik mereka. China mengatakan objek yang dikatakan milik mereka itu telah pun sebelum ini memasuki ruang angkasa bumi, dan terbakar sepenuhnya ketika memasuki atmosfera bumi.

Dengan komen pihak China ini, ia sekaligus menjadikan ramai masih tertanya-tanya apakah objek yang akan melanggar bulan pada 4 Mac 2022 ini.

Pada masa yang sama, perkara ini turut membawa kepada persoalan seterusnya berkenaan pelbagai objek atau sisa angkasa yang akan berterbangan dan mungkin melanggar atau menghentam bulan serta planet lain dalam tahun-tahun akan datang, yang sukar untuk dikenal-pasti pemiliknya.

komen


© Amanz / 2022 Kami