Cari @ Amanz

Facebook Reels Kini Diperkenalkan Untuk Pengguna Di Malaysia

Oleh Aman

Link Copied!

Facebook kini memperkenalkan ciri Facebook Reels kepada semua pengguna global, termasuk di Malaysia. Dengan langkah ini, pengguna boleh berkongsi kandungan pendek seumpama TikTok terus pada aplikasi dan platform Facebook.

Sebelum ini, format perkongsian Reels hanya ditawarkan di Instagram, dan kini turut diperluaskan ke Facebook.

Facebook sedia mengatakan bakal memfokuskan kepada format “Reels” pada tahun 2022 ini – salah satu bentuk kandungan yang sedang meningkat populariti dikalangan pengguna, disamping memastikan pengguna terikat dan meluangkan masa lebih lama pada platform berkenaan. Beberapa ciri penyuntingan tambahan baharu turut ditawarkan dengan pengenalan Reels pada Facebook ini.

Bersama-sama pengenalan ciri ini, Facebook turut mengumumkan akan menawarkan ciri pengiklanan pada Reels.


Komen ()