Google Perkenal Tema Gelap Untuk Semua Pengguna, Desktop Dan Mudah-Alih

Diterbitkan pada Feb 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google kini mengumumkan pengenalan tema gelap atau “Dark Theme” untuk Google Search, sekaligus membolehkan anda menikmati enjin carian berkenaan dengan paparan bertemakan gelap.

Untuk makluman, Google sedia memperkenalkan ciri ini secara berperingkat sebelum ini, dan kini ia dilihat telah diperkenalkan kepada semua. Ciri ini berfungsi menggunakan tetapan komputer atau peranti pengguna – sama ada aktifkan “Dark Theme” atau sebaliknya.

Pengguna juga turut boleh klik pada ikon “Settings”, dan seterusnya memilih bentuk paparan – sama ada menggunakan “Dark Theme” sepanjang masa, atau “Light” atau menggunakan tetapan mengikut peranti.

Bagi anda sendiri, adakah anda menyukai rekaan tema gelap pada Google Search?

komen


© Amanz / 2022 Kami