Dua dekad yang lalu saya hanya perlu mengingati lima kata laluan sahaja untuk melayari Internet iaitu mIRC, Yahoo Mail, ICQ, Hotmail dan kata laluan perkhidmatan Internet Jaring. Tetapi di tahun 2022, saya mempunyai ratusan kata laluan yang perlu dihafal dan ia amatlah mengelirukan. Kata laluan kini disimpan pada pelayar web secara automatik.

Ini menimbulkan pula isu bilakah kata laluan diubah kerana mustahil untuk mengingatinya semula. Bagi pengguna Chrome, kelak pelayar web akan membenarkan pengguna meletakkan nota pada kata laluan yang disimpan. Nota mungkin untuk memberikan petunjuk mengenai kata laluan atau nota peringatan untuk mengubahnya selepas tempoh tertentu.
Ciri ditemukan oleh pengguna Reddit u/Leopeva64-2 dalam Chrome Canary yang terkini dan pastinya diberikan kepada semua pengguna pada versi stabil yang seterusnya.