Siri Garmin Fenix 7 Kini Di Malaysia – Harga Jualan Bermula RM3270

Diterbitkan pada Feb 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Rangkaian peranti boleh-pakai Garmin di Malaysia kini menerima penawaran beberapa model baharu. Melaluinya, siri Garmin Fenix 7 telah diumumkan secara rasmi dengan tiga variasi yang berbeza. Ini termasuklah Garmin Fenix 7S, Garmin Fenix 7 dan Garmin Fenix 7S.

Bagi yang berminat, siri Garmin Fenix 7 boleh didapati bermula hari ini menerusi sejumlah saluran berbeza. Ini termasuklah Lazada, Shopee, kedai atas talian EACO dan pengedar sah Garmin di seluruh Malaysia. Senarai penuh harga jualan adalah seperti di bawah :

  • Garmin Fenix 7S (Graphite Band) – RM3,270
  • Garmin Fenix 7S (Carbon Gray DLC + Black Band) – RM4,199
  • Garmin Fenix 7S (Dark Bronze Titanium + Gray Band) – RM4,199
  • Garmin Fenix 7S (Rose Gold Titanium + Leather Band) – RM4,670
  • Garmin Fenix 7S (Cream Gold Titanium + Nylon Band) – RM4,670
  • Garmin Fenix 7 (Silver + Graphite Band) – RM3,270
  • Garmin Fenix 7 (Carbon Gray DLC + Black Band) – RM4,199
  • Garmin Fenix 7 (Black DLC + Black Band) – RM4,199
  • Garmin Fenix 7 (Mineral Blue+ Whitestone Band) – RM4,199
  • Garmin Fenix 7 (Titanium + Chestnut Leather Band) – RM4,670
  • Garmin Fenix 7 (Carbon Gray DLC Titanium + Vented Band – RM5,370
  • Garmin Fenix 7X ( Carbon Gray DLC + Black Band) – RM4,670
  • Garmin Fenix 7X ( Black DLC + Black Band) – RM4,670
  • Garmin Fenix 7X (Mineral Blue + Whitestone Band) – RM4,670
  • Garmin Fenix 7X (Titanium + Chestnut Leather Band) – RM5,130
  • Garmin Fenix 7X (Carbon Gray Titanium + Metal Band) – RM5,830

Bercakap mengenai spesifikasi, ketiga-tiga model menampilkan saiz tubuh dan skrin yang berbeza. Di mana, Garmin Fenix 7S dilengkapi skrin 1.2-inci (240 x 240 piksel) dengan saiz 42mm. Kemudian, Garmin Fenix 7 pula sebesar 1.3-inci (260 x 260 piksel) dengan saiz 47mm. Sementara itu, Garmin Fenix 7X pula sebesar 1.4-inci (280 x 280 piksel) dengan saiz 51mm.

Ketiga-tiga jam tangan pintar ini juga lengkap dengan sokongan skrin sesentuh, di samping keupayaan butang fizikal yang turut dikekalkan bersama. Dalam pada itu, sokongan pengecasan solar pada kesemua model telah ditambah baik, namun sedikit kelebihan buat model Fenix 7X yang menyokong ciri lampu suluh LED yang boleh di laras.

Sokongan bateri juga kini lebih baik dengan ketahanan maksima mencapai 90 hari pada Fenix 7S. Kemudian, Fenix 7 pula boleh mencapai maksimum 12 hari lamanya dengan pengecasan solar. Seterusnya, Fenix 7X pula boleh melonjak kepada 37 hari lamanya menerusi mod pengecasan solar.

komen


© Amanz / 2022 Kami