Cari @ Amanz

Nampaknya siri Nord daripada OnePlus ini akan berkembang dengan lebih banyak produk dan tidak lagi terhad pada telefon pintar sahaja. OnLeaks melalui 91Mobiles tekah mendedahkan imej pengolokan yang dipercayai adalah TWS tersendiri OnePlus Nord.

TWS OnePlus Nord ini dilihat direka dengan rekabentuk premium dan merupakan jenis dalam telinga. Ia menggunakan jenis tangkai pendek dan rata serta bahagian putik telinga yang berada di hujung fon telinga. Penggunaan warna hitam dan emas ini dilihat mengimbau kembali OnePlus Icons yang suatu masa dahulu adalah set fon telinga berwayar paling premium mereka.

Bahagian tangkai pendek dan rata ini berkemungkinan besar adalah untuk kawalan sentuhan. Manakala posisi putik telinga yang di hujung ini dikatakan mungkin untuk mengelakkan bunyi latar masuk dan mungkin juga untuk pembatalan hingar.

OnePlus semasa melancarkan Nord CE 2 dalam satu filem pendek, mereka menyatakan ia akan bersambung. Mungkin untuk Nord 3 atau juga untuk TWS ini. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd