U Mobile Perkenal Pelan Prabayar Tanpa Had Sedia 5G – Bermula RM20 Sebulan Untuk Kelajuaan 3Mbps

Diterbitkan pada Feb 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

U Mobile hari ini mengumumkan pengenalan pelan prabayar baharu – iaitu U25 dan juga U35. Pelan prabayar ini dipasarkan sebagai pelan prabayar tanpa had paling mampu-milik yang sedia dengan sokongan 5G.

Melalui pelan ini, ia hadir pada harga bermula RM20 sebulan dinamakan pelan U25, dan menawarkan akses data tanpa had pada kelajuan 3Mbps. Pelan ini ditawarkan pada harga RM20 sebulan untuk masa terhad.

Satu lagi variasi penawaran yang disediakan adalah pelan U35 pada harga RM35 yang turut menawarkan akses tanpa had pada kelajuan 6Mbps, dan 3GB untuk hotspot.

Kedua-dua pelan ini juga turut hadir dengan sokongan panggilan tanpa had.

Bagi anda yang berminat boleh mendapatkan pek SIM sedia 5G daripada U Mobile ini pada harga RM10 yang hadir dengan kredit sebanyak RM6.

komen


© Amanz / 2022 Kami