Sebelum Mati Gelombang Otak Manusia Dikesan Menyamai Seperti Sedang Tidur Atau Mengakses Memori

Diterbitkan pada Feb 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kematian ialah misteri kehidupan yang masih belum dapat dijawab sepenuhnya oleh sains. Dari sudut agama ada yang percaya si mati akan terus ke langit bertemu tuhan, menanti di alam barzakh dan menanti amalan ditimbang oleh Anubis serta banyak lagi. Tetapi satu fenomena universal yang dilaporkan mereka yang mati untuk seketika ialah melihat kehidupan berlalu di depan mata seperti menonton filem.

Otak

Saintis dari University of Louisville Amerika Syarikat berjaya merekodkan aktiviti otak manusia sebelum dan selepas kematian. Kejadian berlaku secara tidak sengaja ketika memantau aktiviti seorang pesakit yang mati mengejut akibat serangan jantung. Gelombang otak yang direkodkan 30 saat sebelum dan selepas kematian menyamai gelombang otak manusia yang sedang tidur atau sedang mengakses memori.

Gelombang osilasi gamma yang direkodkan memberikan petanda mungkin ada kebenaran di sebalik cerita apabila hampir kepada kematian, kehidupan yang dilalui dipaparkan di depan mata. Ia juga memberikan pengetahuan lebih mendalam apa yang berlaku sejurus selepas kematian. Aktiviti otak masih dikesan 30 saat selepas degupan jantung terhenti tidak seperti kepercayaan bahawa kematian berlaku sejurus selepas jantung terhenti.

Memandangkan data ini hanya diambil dari seorang pesakit, lebih banyak kajian diperlukan lagi untuk mengesahkan penemuan. Kertas kajian mengenai kes ini telah diterbitkan dalam jurnal Fronties in Aging Neuroscience.

Sumber Scimex menerusi New Atlas

komen


© Amanz / 2022 Kami