Cari @ Amanz

Qualcomm Sedang Menguji Cip Snapdragon Wear 5100 Dengan Binaan 4nm

Link Copied!

Cip Snapdragon Wear adalah cip pemprosesan yang digunakan untuk peranti boleh pakai. Tetapi binaan cip ini masih ketinggalan jika dibandingkan dengan cip pemprosesan Qualcomm pada telefon pintar. Snapdragon Wear 4100 yang paling terkini pun masih lagi berasaskan 12nm.

Tidak dinafikan yang Snapdragon Wear 4100/4100+ adalah antara yang paling pantas untuk Wear OS dan juga yang paling berkuasa. Tetapi Qualcomm dilihat sedang menguji cip Snapdragon Wear 5100 dan 5100+ pula berasaskan 4nm. Satu perubahan baharu yang mereka lakukan, kerana sebelum ini perancangan mereka adalah untuk menggunakan binaan 5nm.

Pengilangan cip ini dikatakan akan dikendalikan oleh Samsung dan akan menawarkan kuasa berkali ganda daripada versi yang sedia ada. Tidak lupa juga saiz 4nm akan menggunakan kuasa secara lebih efisien. Bila ia akan dilancarkan, masih belum diketahui. Tetapi pengeluar yang aktif dengan cip Snapdragon Wear biasanya adalah Mobvoi untuk jam TicWatch dan Fossil untuk jam-jam tangan pintar mereka sendiri dan jenama lain di bawah payung sama.

Sama-sama kita nantikan.


Komen ()