Padi ialah tanaman yang sensitif kepada tahap pH dan tidak boleh hidup menggunakan bekalan air masin. Itu dahulu tetapi sekarang saintis dari China berjaya membangunkan baka padi yang bukan sahaja kalis air masin tetapi kalis air beralkali. Dalam ujian yang dilakukan di Tianjian yang terletak berhampiran laut, 4.6 tan metrik beras dapat dituai untuk setiap ekar yang adalah lebih tinggi berbanding purata pengeluaran beras biasa di China.

Baka padi yang kali air masin ini telah dibangunkan sejak 2012 oleh Yuan Longping yang menerima gelaran “bapa beras hibrid” di China bagi memenuhi keperluan bekalan makanan China. Yuan sendiri berjaya menanam padi air masin di UAE pada tahun 2018 dalam sebuah projek rintis dengan sasaran 10% permukaan tanah UAE akan ditanam padi.
Negara besar ini memerlukan import dari Rusia dan Amerika Syarikat untuk keperluan gandum. Dengan tekanan perang perdagangan, perubahan iklim dan ketidakstabilan politik pengeluaran beras tempatan perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan pergantungan kepada negara luar.
Di Malaysia baka padi tahan banjir telah dibangunkan bersama dengan padi yang boleh ditanam beberapa kali setahun termasuk di luar musim. Penggunaan teknologi dron juga dipertimbangkan kerana seperti China keperluan makanan negara bergantung kepada import. Isu kekurangan bekalan makanan yang berlaku sekarang adalah kerana isu rantaian bekalan yang sudah berlarutan hampir setahun dan hanya kini dapat dilihat.
Sumber Bloomberg