Nio Menjadi Satu Lagi Syarikat Kereta Yang Memasuki Arena Telefon Pintar

Diterbitkan pada Feb 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple, Sony, Huawei dan Xiaomi antara syarikat telefon pintar yang kini memasuki arena automotif. Tetapi syarikat automotif juga ada yang berminat untuk pergi menongkah arus dan memasuki pula arena telefon pintar. Menurut laporan Yicai, Nio syarikat kereta dari China akan mengikuti jejak Geely memasuki arena pengeluaran telefon pintar.

Bekas presiden Meitu Yin Shujinn kini bertugas di Nio untuk mengetuai perniagaan telefon pintar mereka. Iklan mencari jurutera komunikasi dan ujian sistem nirwayar muka diiklankan di Shenzen bagi mencari kakitangan. Peranti yang dihasilkan kelak akan berfungsi dengan kereta yang dijual oleh syarikat.

Dengan kereta elektrik semakin pintar lengkap dengan sistem swapandu, terdapat banyak persamaan di antara industri automotif dan telefon pintar. Isu yang wujud sekarang ialah dengan kenderaan semakin bergantung kepada elektronik, adalah hayat penggunaannya juga akan menjadi pendek seperti telefon pintar. Era kereta yang digunakan untuk berpuluh tahun mungkin berakhir kerana perisian dan perkakasan tidak lagi disokong.

komen


© Amanz / 2022 Kami