Cari @ Amanz

Bersempena dengan hari jualan 3.3 kelak, Huawei telah mula mempromosikan acara jualan mereka sendiri yang dinamakan Huawei 3.3 Mega Day Special dimana Huawei akan menawarkan sejumlah peranti-peranti elektronik mereka pada harga yang lebih murah sewaktu hari tersebut.

Bermula dengan tablet, Huawei akan menawarkan diskaun untuk Huawei MatePad 10.4 LTE, Huawei MatePad T 10 dan Huawei MatePad 11, iaitu tablet-tablet untuk kegunaan riadah, rumah, pembelajaran dan pejabat yang mudah dan pada harga mampu milik pada tanda-tanda harga berikut:

  • Huawei MatePad T10 (2GB, 32GB) – RM499 (RM799)
  • Huawei MatePad 10.4 LTE (4GB, 64GB) – RM1099 (RM1399)
  • Huawei MatePad 11 (6GB, 128GB) – RM1999

Jika anda sedang mencari sebuah komputer riba untuk tujuan produktiviti, Huawei turut menawarkan Huawei MateBook D14 yang termasuklah pemasangan sistem operasi Windows, perisian Microsoft Office 365 dan pemberian beg galas secara percuma yang bernilai RM667.

Komputer riba ini, yang dikuasakan CPU Intel Core i3-10110U, memori DDR4 8GB dan storan SSD sebesar 512GB akan ditawarkan pada harga RM2199, turun daripada harga asal RM2699.

Huawei turut menawarkan televisyen Huawei Vision S 55 inci mereka, yang hadir dengan resolusi Full HD, kecerdasan buatan terbina dan juga kadar segar semula 120Hz yang digerakkan dengan sistem operasi HarmonyOS pada harga RM2699, iaitu RM300 lebih murah daripada harga asalnya.

Jika anda mahukan sebuah peranti yang unik, Huawei P50 Pocket juga ditawarkan yang membolehkan anda memiliki sebuah peranti boleh-lipat yang masih lagi boleh dikatakan praktikal khususna bagi mereka yang mahu mencuba sesuatu yang baru. Paparan skrin boleh lipatnya hadir dengan kadar segar semula 120Hz, dan ia dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 888 yang cukup berkuasa sekali.

Dari segi kamera pula ia dimuatkan dengan sistem kamera Ultra Spectrum Matrix yang terdiri daripada sensor 40MP True-Chroma Camera, sensor ultra-lebar 13MP dan sensor 32MP Ultra Spectrum dan menggunakan lensa Huawei XD Optics.

Huawei Malaysia dilihat menawarkan peranti Huawei P50 Pocket ini pada pakej dan tanda harga berikut:

  • Huawei P50 Pocket (White) + FreeBuds Lipstick – RM6499
  • Huawei P50 Pocket (Premium Gold) + FreeBuds Lipstick – RM7599

Bagi mereka yang berminat untuk membeli perkakasan-perkakasan elektronik daripada Huawei ini, anda boleh melawat laman web Huawei Malaysia, ataupun kedai atas-talian mereka di Shopee dan Lazada sekarang. Jualan akan berlangsung selama sehari pada 3 Mac 2022 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd