Cari @ Amanz

Maybank kini mengumumkan mereka akan hanya menawarkan sokongan Secure2U untuk pemindahan wang pihak ketiga, sama ada Maybank ke Maybank, atau untuk untuk IBG (Interbank GIRO). Perubahan ini akan diaktifkan bermula 8 Mac 2022 kelak, sekaligus tiada lagi ciri SMS TAC akan ditawarkan untuk tujuan transaksi berkenaan.

Sebelum ini Maybank sedia memperkenalkan ciri Secure2U secara berperingkat mengikut amaun, dan bermula 8 Mac 2022, ia tertakluk untuk semua pemindahan tanpa mengira amaun.

Dengan peralihan ini, ia dijangka akan menjadikan pelbagai transaksi lebih selamat dan dilindungi, serta tidak terjejas disebabkan oleh gangguan perkhidmatan telekomunikasi untuk menghantar SMS.

Bagi anda yang menggunakan perbankan Maybank, boleh mengaktifkan ciri Secure2U melalui aplikasi Maybank2U atau MAE hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd