Cari @ Amanz

BOE telah memperlihatkan panel f-OLED mereka yang boleh dilipat dua kali sehingga kelihatan seperti huruf N. Dengan panel ini peranti boleh dilengkapi skrin sebesar 12.3″, 8.6″ atau 5.6″ apabila dilipat sepenuhnya. Mekanisme lipat juga membolehkan peranti mempunyai skrin yang dilipat ke ke luar dan dibuka pada waktu yang sama.

Menerusi ujian di makmal, BOE berkata panel boleh bertahan dilipat dan dibuka sehingga 200,000 kali. Rekaan peranti konsep yang diperlihatkan oleh BOE adalah mirip S-Foldable yang diperlihatkan oleh Samsung pada bulan Mei tahun lalu. Ia turut boleh diletakkan dalam mod berdiri untuk memudahkan sesi telesidang.

Lebih banyak peranti dengan skrin boleh-lipat akan dilancarkan tahun ini kerana teknologi yang semakin matang serta permintaan yang meningkat. Dengan kewujudan panel f-OLED ini, Samsung Display akan mempunyai pesaing dalam pasaran skrin boleh-lipat.

Sumber Sparrownews

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd