Pengguna Samsung Galaxy S22 Ultra Melaporkan Isu Garisan Pada Skrin

Diterbitkan pada Feb 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy S22 Ultra mula diterima sebilangan kecil pembeli yang melakukan pratempatan beberapa minggu yang lalu. Malang sekali bagi sebilangan kecil, peranti yang baru dibeli mempunyai isu garisan tebal berwarna aneh yang amat ketara sehingga membuatkan peranti tidak boleh dipakai.

Antara cara untuk menyelesaikan isu ini ialah dengan menukar resolusi skrin ke FHD+ atau memilih profil warna Vivid pada tetapan skrin peranti. Ini bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik bagi semua pengguna. Mungkin ramai ingin menggunakan skrin pada resolusi tertinggi WQHD+ dan juga profil warna natural yang lebih sedap dipandang untuk jangka masa yang lama. Samsung menyedari isu ini dan akan memberikan kemas kini untuk menyelesaikannya kelak.

Masalah ini juga hanya berlaku pada S22 Ultra yang dilengkapi cip Exynos 2200 sahaja setakat ini. Bagi pengguna di Malaysia yang sudah melakukan tempahan, mereka boleh menghela nafas lega kerana peranti untuk pasaran tempatan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 1.

Sumber Sammobile

komen


© Amanz / 2022 Kami