Sistem Yang Mengehadkan Perlombongan Kripto Pada GPU NVIDIA Siri RTX3000 Telah Dipintas

Diterbitkan pada Feb 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kegilaan perlombongan kripto menyebabkan bekalan GPU berkuasa untuk PC menghadapi kekurangan yang serius. Harga GPU melambung dua kali ganda sehingga sukar untuk peminat PC membelinya tanpa merabakkan poket. NVIDIA memperkenalkan Lite Hash Rate Limiter pada GPU siri RTX3000 untuk mengelakkan ia digunakan untuk melombong Ethereum. Tetapi sistem ini telah berjaya dipintas.

Perisian RTX LHR v2 Unlocker yang memintas halangan hashrate telah berjaya digunakan pada GPU RTX 3060, RTX 3060 Ti, RTX 3070 , RTX 3070 Ti, RTX 3080 dan RTX 3080 Ti. Pembangunnya yang hanya dikenali sebagai Sergey mengubahsuai perisian pemandu dan BIOS bagi mengembalikan prestasi perlombongan sebenar pada kesemua GPU ini.

RTX LHR v2 Unlocker akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Februari hadapan dengan ia boleh diuji oleh sebilangan pengguna sekarang.

Sumber PCGamer

komen


© Amanz / 2022 Kami