Google Chrome Versi 100 Untuk Android Akan Tamatkan Ciri “Lite Mode”

Diterbitkan pada Feb 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google kini dalam persediaan untuk memperkenalkan Chrome versi 100 secara rasminya pada penghujung Mac 2022 kelak. Selari dengannya, beberapa perkara dirancang, termasuk dari segi perubahan logo dan juga ciri-ciri.

Kini, berkongsi mengenainya, Google mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan “Lite Mode” pada aplikasi Android melalui Chrome 100 kelak.

Untuk makluan, Chrome telah menyertakan “Lite Mode” sejak tahun 2014 lepas, membolehkan pengguna menjimatkan data ketika melayari web.

Google mengatakan, dengan perkembangan teknologi dan rangkaian, kini lebih ramai menikmati rangkaian yang pantas – dan ciri berkenaan sudah jarang digunakan. Google mengatakan walaupun membuang ciri berkenaan, Chrome masih komited dalam menawarkan pengalaman pelayaran web yang pantas.

komen


© Amanz / 2022 Kami